Sebenarnya aku 'tak suka' nak sambut hari raya nie sebab aku rasa aku tak layak. Hari raya nie adalah hari kemenangan dan bagi aku, aku tak capai kemenangan tersebut. Setakat mana sangatla amalan aku pada bulan puasa nie..setiap kali datangnya Ramadhan, aku selalu niat nak khatam Al-Quran tapi selalu tak sempat habis dan sampai sekarang separuh pun tak habis lagi bacaan aku tue.
Sebab tulah setiap kali hari raya jiwa aku macam tak berapa bersemangat untuk sambut, sebab aku rasa aku tak layak untuknya.
Tapi takpela, masih ade 7 hari lagi. InshaAllah aku akan cuba yang terbaik untuk meningkatkan amalan2 yang baik di bulan yang mulia nie.
Ok, balik kepada cerita persiapan raya..
Dua hari lepas aku pergi Kuantan untuk beli barang-barang persiapan raya. Tengahari tue aku pergi kat Capital Mall (East Cost Mall) dulu untuk usha
Iye, haziq pun nak pakai baju melayu jugak tapi bukan haziq sebenarnya nak pakai baju melayu tapi umi dia yang beriya-riya sangat nak suruh haziq pakai baju melayu. Bayangkan nak cari baju melayu budak yang umur 6 bulan nie bukannya senang.
Lagipun kebanyakan kedai hanya ada baju melayu untuk budak umur 1 tahun ke atas je. Kalau ade yang untuk 6 bulan ke bawah tu pun kira nasib je. Tapi mujurla si Haziq nie jenis badan besar jugak. Adala peluang untuk jumpa baju melayu yang sesuai untuk dia.
Cari punya cari dekat ECM tak jumpa baju untuk saiz si Haziq nie..kalau tak jumpa baju untuk si Haziq bermakna baju kitorang pun tak boleh nak beli lagi sebab nak sedondong katanyer. Pulakkk...
Lepas tu, kitorang pergi cari dekat tapak karnival dekat stadium. Alhamdulillah, pusing punya pusing jumpala baju yang padan dengan badan Haziq tapi lengan tangan dan kaki panjang sket. Takpela janji dengan badan dia tu tak terlampau besar.
Harga dia tulis kat situ RM40 dan tawar punya tawar dapatla RM35.
Baju tu warna biru gelap keklabuan dan mujur jugak baju melayu untuk aku pun ade kat kedai yang sama. Tapi baju aku warna kelabu betul tapi takpela berbeza dengan Haziq sket sebab bila sekali tengok memang nampak macam kelabu pun baju si Haziq tu.
Baju aku plak harganya RM80 dan boleh kurang RM5. Jadi dapatla dengan harga RM75. Alhamdulillah, akhirnya mission accomplished.
Opps..belum lagila, baju 1st Lady tak beli lagi. Adoii..nak kena cari baju untuk 1st Lady pulak nie. Cari dekat area karnival tue takde yang berkenan ditambah plak harganya yang terlampau mahal. Baju orang perempuan nie aku tahu sangat tapi yang orang rumah aku dia nak cari baju plum kalau ada & jika harganya berpatutan.
Cari punya cari tak jumpa. Kalau ade pun harganya dalam RM200 lebih. MasyaAllah, mengucap panjang aku. Aku tak kisah sebenarnya nak spend duit untuk dia baju yang dia suka tapi isteri aku sendiri tak nak sebab dia cakap mahal sangat. Kalau around RM100-150 tu okla jugak.
Lepas tu dekat dengan Asar kitorang pergi Giant Kuantan plak..nak cari barang-barang keperluan rumah. Kat situ pun ade jugak orang jual baju untuk orang perempuan nie tapi macam aku cakap tadila. Harga mahal giler, RM150 ke atas.
Sampai sekarang nie masih tak jumpa baju untuk isteri aku nie.. Petang nie misi mencari baju raya isteri aku dekat Kemaman plak. InshaAllah, mudah-mudahan adela baju yang dia nak tu.