Monday, August 26, 2013

PAIP DWI-FUNGSI TERBAIK

Kat rumah aku ade paip yang macam kat bawah nie dalam bilik air mandi. Aku yakin kat rumah korang pun sama jugak..tapi nie gambar kat bawah nie bukan gambar kat rumah aku. Gambar nie aku pinjam daripada bloger lain.

Yang kat rumah aku punya sistem paip ade satu lagi sambungan paip yang melintang yang mana akan disambungkan kepada paip air hujan.

 kredit gambar: pondokkecil.com

Setiap kali nak ambik air sembahnyang mesti kena lilit getah paip tu ke atas dulu baru selesa nak ambik air sembahyang. Bosan jugakkan tiap-tiap kali nak ambik air sembahyang kena buat macam tue.

Jadi fikir punya fikir aku ingat nak buat bypass kat paip tu supaya aku boleh letakkan satu lagi paip untuk buat ambik air sembahyang. Rancangan dah ada dalam kepala tapi masih tak dapat nak buat lagi.

Lepas tu, dalam hujung bulan lepas..aku pergi Giant Kuantan untuk cari barang-barang dapur. Kemudian aku pergi ke bahagian feveret aku iaitu bahagian alat-alat pertukangan.

Aku nampak ada satu jenis paip air yang ossemmm. Perghh..memang dari dulu lagi aku menantikan rekabentuk paip yang macam nie..last-last jumpa jugak akhirnya.

Nak tengok? Meh dekat sket..

Alaaa...jauhnyer, dekatla sket bro..

Ok, cukup dah...rilekss..jangan gelojoh sangat. Tutup mulut tue..nanti masuk lalat.

Ok, nie gambar paip yang aku cakap ossemmm tue.


Amacam, ossemmm tak?

Dia ada 2 lubang keluar..jadi memang perfect r dengan kehendak aku guna getah paip dan jugak yang kosong macam tu je.

Lubang depan nie boleh guna untuk ambik air sembahyang dan yang belakang boleh guna untuk letak getah paip.

Harga paip biasa RM4-RM5, jadi aku assume harga paip nie dalam RM7-RM8 je tapi bila aku tengok harganya...perghh..ossemmm...RM14.99.

Lepas tu aku mula fikir, kalau aku beli yang nie mahal tapi berbaloi & jimat masa. Jadi, aku ambik keputusan untuk beli yang nie terus. Aku beli dua sebab satu lagi nak letakkan kat bilik air tandas tapi alih-alih tak dapat guna sebab tak masuk dengan kepala paip mesin basuh.

Jadi, aku bawak balik kat kampung. Guna untuk bilik kitorang kat sana.

4 comments:

dunia singgah said...

Terbaik!!

kuala Lumpur-car-rental said...

style jugak benda ni..memang memudahkan urusan..memang kena beli ni

Jimie SC said...

@dunia singgah

thanks

Jimie SC said...

@klcarsentral

memang wajib beli..senang nak guna nti.. ;)