Friday, May 30, 2014

STATUS CHOCOLATE OAT CHOCO DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM


Sekarang nie femes giler biskut Chocolate Oat Choco..mana taknya, biskut nie memang sodap dimakan. Masa aku balik kampung hari tu, ade jugak orang bagi kat mak aku satu beg plastik. Mula-mula taku tak tahu pun coklat tu femes tapi bila balik Cherating nie baru perasan.

Produk yang aku tahu pasal oat nie pun just Quaker Oat jer..selain tu tak tahula. Kenapala syarikat Quaker tak terfikir nak buat biskut cani ek..kalau tak, boleh up produk keluaran Quaker.

Biskut Chocolate Oat Choco nie berasal daripada China dan ramai yang ragu-ragu terhadap status halal produk nie sebab takde logo halal JAKIM..yang ada hanyalah logo halal daripada China iaitu ARA Halal Development Services Center Inc (ARA). Aku pun pada mulanya ragu-ragu jugak tapi aku beli jugak sebab nak cuba. Tapi sebelum cuba tu aku check dulula dengan JAKIM melalui laman web dorang.

Alhamdulillah, selepas check kat laman web JAKIM, produk nie disahkan HALAL. Jakim mengiktiraf logo halal daripada ARA Halal Development Services Center Inc (ARA).

Jadi, korang tak payahlah lagi ragu-ragu dengan produk ini. InshaAllah, biskut oat nie selamat.

Kalau korang tak percaya jugak, korang boleh pergi ke laman web JAKIM. Kat bawah nie aku share maklumat daripada JAKIM mengenai badan Islam yang digugurkan dan yang baru mendapat pengiktirafan.


Beikut adalah senarai baru yang dikemaskini 7 Februari 2014 badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM.

Dalam senarai baru ini, 3 Badan Islam digugurkan :
Gagal: 1.  Islamic Association of Henan
          2.  NZ Islamic Meat Management & NZ Islamic Processed Foods Management
          3.  Halal Food Authority (UK)

Dalam senarai baru ini juga, 3 Badan Islam baru mendapat pengiiktirafan JAKIM :
Baru:  1.  ARA Halal Development Services Center Inc (ARA)
          2.  Halal India PVT LTD
          3.  New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT)

Sila Muat Turun senarai ini di http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

No comments: