Jadi aku ambik keputusan untuk buat sendiri meja dapur, meja makan dan kerusi. Dan Alhamdulillah, ketiga-tiga perabot tu berjaya disiapkan tahun lepas dengan bantuan mesin daripada jiran aku iaitu Che Ku. Dia pun minat bertukang..segala mesin-mesin aku pinjam dengan dia.
Asyik pinjam barang orang tak best jugak, jadi aku ingat nak beli beberapa mesin. Yang utama aku perlukan adalah mesin pemotong atauwe(ataupun) dalam bahasa omputihnyer Jig Saw. Fungsinya adalah macam gergaji. Aku memang ada gergaji tapi bila dah rasa pakai bendalah nie rasa macam tak nak guna dah gergaji tu. Mesin nie memang membantu aku untuk membuat kerja pemotongan kayu dan kayu nie juga boleh digunakan untuk memotong besi tapi kena guna mata lain yang dikhaskanla.
Jig Saw
Untuk mesin kedua pula adalah Sander. Bukan Sander selipar korang tue tapi mesin yang menggantikan kertas pasir. Benda nie bagi aku perlu jugak sebab dalam kita membuat sesuatu pertukangan, kita nak lihat hasil yang memuaskan di akhirnya. Jadi, Sander akan memudahkan urusan aku. Kalau pakai kertas pasir jenuh jugak aku nak gosok..lebih-lebih lagi apa yang aku hasilkan tu benda yang besar.
Sander
InshaAllah kalau ada rezeki aku akan beli satu-satu. Mungkin bulan nie aku akan start dengan mesin Sander nie dulu kot sebab sekarang kerja-kerja pemotongan untuk aku buat tempat letak anak kunci dan meja dalam bilik dah dah siap dipotong, jadi sekarang aku memerlukan Sander untuk melicinkan kerja-kerja pertukangan tu.
Oh yer, kalau korang berminat untuk beli alat-alat pertukangan nie elok beli yang jenama yang dipercayai ramai terus macam Bosch, Makita ataupun Roby sebab ianya tahan lebih lama. Jenama buatan China dan Taiwan memang murah tetapi ketahanannya agak kurang namun terpulang kepada masing-masing.
No comments:
Post a Comment