Giler tak terkejut..aku pun terkejut bila dapat tahu perkara nie. Kenapalah kemenangan Syura di batalkan padahal Syura memang berhak dan layak pun untuk menang. Adakah Astro mahu main wayang lagi dengan peminat-peminat dapur Masterchef Malaysia ni?
Yela, tak habis-habis kejutan demi kejutan yang depa dok buat dalam dapur Masterchef tu dan skang program dah habis pun dorang masih nak buat kejutan lagi ke? Kejutan apakah ini? Adakah kejutan budaya atau kejutan elektrik?
Dan kepada siapakah kemenangan tersebut diberikan?
Cari punya cari...rupa-rupanya kepada tersebut diberikan kepada isteri aku iaitu Noor Katena Zulkifli. Woww..tanjat boboy. Terima kasih Astro atas anugerah tersebut..sememangnya isteri aku adalah Masterchef atau 'TheTrueLoveChef' dalam hidup aku (selain ibu aku).
Sejak kahwin nie, apa yang nak makan semua dia masakkan. Aku baru sebut nak makan gulai tu, gulai nie.., alih-alih esoknye dia buatkan, aku baru cakap nak makan tem.., alih-alih esoknye dia buatkan aku tempe, dan semalam aku ternampak sotong masak merah kat buku resipi lepas tu aku cakapla sedapnye..alih-alih mase kitorang balik daripada kuantan tadi dia belikan sotong untuk aku.
Walaupun dia masih lagi tak dapat nak makan makanan seafood sebab dia masih berpantang tapi dia tetap jugak beli sotong untuk masak kat aku. Aku nie jenis yang tak kisah nak makan apa-apa, tolak batu dengan kayu je orang cakap. Lebih-lebih lagi isteri aku kena berpantang so just ikut je apa yang dia nak masak dan boleh makan. Semua aku telan...
Aku rasa isteri aku nie menurun daripada mak dia yang suka memasak agaknya. Tiap-tiap hari nak masak, masa dia ganti puasa pun dia masih nak masak. Aku dah cakap kat dia time dia puasa tak payahla masak. Aku boleh beli nasi kat luar, just berehat je jaga Haziq tapi alih-alih dia masak jugak.
Haziq plak skang 3,4 hari sebelum nie asyik menangis je. Bila umi dia bagi susu dan ulik suruh tidur, dia tak tidur plak..lepas tue terpaksa umi dia memasak sambil pegang Haziq sebelah tangan. Kalau Haziq nie5,6 kilogram takpe jugak nie berat dia skang dah 9 kilo. Berat woo nak pegang..aku pegang kejap hari tu mase pegi pasaraya pun lenguh-lenguh tangan dibuatnya.
Betapa besarnya pengorbanan isteriku untuk aku dan keluarga dan oleh sebab itulah aku membatalkan kemenangan Syura dan memberikan kepada isteri aku. Diharapkan pihak Astro tidak marah dengan penarikan kemenangan ini.
Aku bersyukur sangat Allah jodohkan dia dengan aku dan semoga hubungan kami kekal hingga syurga. InshaAllah.
Selamat Hari Isteri & Ibu.
p/s:tahukah anda hari isteri & ibu patut disambut setiap hari.. ;)
No comments:
Post a Comment