Hahaha...banyak giler persoalan. Ok, meh aku citer..
Aku nie suka baca blog-blog daripada "Reading List" kat blogger.com sebab kat situ aku boleh baca blog-blog yang paling latest diupdate. Jadi, pagi ni bila aku tengok kat reading list tu aku ternampak entri daripada Joe aka Joegrimjow. Alaa..tokey herbalife tue..huhu...
Aku tengok tajuk yang dia tulis "Blogger Realiti Konspirasi Kahwin Dengan Sepupu Aku". Ermm..aku macam pernah dengar perkataan realiti konspirasi tue, jadi aku bukak link tu.
Ade gambar pasangan pengantin macam kat bawah nie..Mula-mula aku tak cam lagi yang pengantin lelaki tu adalah Zack tapi bila aku baca baru aku perasan ade nama Zack. jadi aku search kat pakcik gogel dengan nama "Realiti Konspirasi".
Lepas tu terkeluarlah blog ZackZukhairi. Aku dah kenal lama dah si Zack nie..cuma dia yang tak kenal aku..hahaha..Yela, aku nie just blog picisan jer..tapi kalau dia kenal aku pun mungkin dengan nama Skype Crew jerla sebab aku dulu start blogging guna blog Skype Crew. Menyesal jugak aku sebenarnya tukar nama blog lain sebab aku kena mula dari bawah balik..tapi takpe, dengan bermula dari bawah kita dapat kejayaan yang lebih baik.
Sebenarnya Zack dah lama tak update blog. Entri terakhir beliau adalah pada Ogos 2013..dengar citer dia ada masalah sebelum nie..tu yang dah jarang update blog..namun, walauapapun masalah dia, InshaAllah akan setel jugak akhirnya. Allah tak duga hamba-NYA kalau kita tak boleh nak hadapi dugaan tu.
Tapi blog dia memang tangkap lelehla. Apa taknya dengan kartun-kartun yang dimuatkan dengan ayat-ayat jiwang yang sangat rapat dalam hidup kita. Aku pun kadang-kadang naik sebak dengan kartun-kartun yang dia lukis tu tapi disebabkan nak jaga kemachoan, aku tak nangis..kikiki...
Kalau perempuan yang baca dan tengok kartun toksah cakapla, mahunyer meraung-raung dorang..sebab tu Zack nie pemes di kalangan blogger-blogger wanita..huhu..
Apa-apapun, TAHNIAH kepada Zack dan pasangannya iaitu Myra (2, 3, 4 pupu dengan joe). BARAKALLAH...SEMOGA BAHAGIA SAMPAI AKHIR HAYAT @)--
Stay Cool & Relax dalam rumah tangga, sebagai suami..kita kena lebih banyak bersabar. InshaAllah, rumahtangga kita akan berjaya di dunia & akhirat.
Korang boleh tengok entri Joe kat sini.
Nie plak link blog ZackZukhairi.
2 comments:
Saya pun dulu follow blog dia tapi da berenti da lepas tu bila dah bz study... Kurang blogwalking... Tak sangka dah kahwin dah dia... =)
tula..sy pun terkejut jugak tp Alhamdulillah, dia dah kahwin. Semoga perkahwinan dia dan pasangan memberi inspirasi utk teruskan blogging..
Post a Comment