Tuesday, July 15, 2014

LANJUTAN KISAH BUDAK BERSUARA MERDU MENGAJI DALAM PENJARA

Lanjutan kisah budak bersuara merdu mengaji dalam penjara... Jom baca!



Kisah nabi Yusuf kembali berlaku kpd Hafiz ini..ada hikmahnya.
Assalam. Saja nak bgtau perkembangan tentang hafiz yg dlm penjara tu...

Assallamualaikum, saudara-saudaraku sekelian, status budak rohinya (hufaz). Pada 14/07/2014, jam 8.30 pagi saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, bahagian lokap, berjumpa dengan Sarjan Mejar Ariffin dan Kopral Sharifah. Mereka memberitahu bahawa memang budak tersebut ditangkap oleh polis dan masukkan di lokap IPD ini. Kes tersebut telah dibawa ke mahkamah pada minggu lepas dan mahkamah menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara. Pihak polis kata, mereka tiada maklumat budak itu di penjaran dimana. Jam 9.00pagi saya terus ke Penjara Pengkalan Chepa. Pihak penjara tersebut menyatakan budak tersebut tidak ditahan disitu.

Mereka suruh rujuk dengan pihak imigresen, kerana kesalahan budak itu berkaitan berada di Malaysia melebihi tempoh. Jam 10.00 pagi saya terus ke pajabat Imigresen Telipot, Kota Bharu, Bahagian Pendakwaan dan Penguatkuasaan. Saya berjumpa dengan Ketua Bahagian Penguatkuasaan tersebut iaitu En.Amran. Beliau mengesahkan bahawa budak tersebut di penjarakan di Penjara Machang, Kelantan untuk tempoh 6 bulan (tetapi setelah ditolak hari-hari tertentu tempoh penjaranya menjadi 4 bulan). Saya menceritakan kepada pegawai tersebut hasrat untuk ambil budak itu sebagai anak angkat, dan menanyakan bagaimana prosedur untuk mengeluarkan budak itu dari penjara dengan hanya membayar denda. Pengawai itu menjelaskan kepada saya , sebenarnya budak itu telah mendapat perhatian menteri dalam negeri, KSU dan Ketua Pengarah Imigresen, ekoran rakaman video budak tersebut membaca al Quran. Semalam 13/7/2014, Ketua Pengarah Imigresen Dan KSU telah datang ke penjara tersebut dan telah berjumpa budak tersebut dan mengabil maklumat berkaitan untuk dilaporkan kepada menteri untuk tindakan lanjut.

Dilaporkan bahawa waktu anggota polis merakamkan budak tersebut membaca al Quran, katanya mereka sedang memilih imam solat. Didalam penjara tersebut budak itu menjadi imam solat termasuk solat tarawih untuk penghuni penjara. Ramai yang teruja dengan bacaannya sehingga ramai warga penjara hendak menolongnya. Kata pegawai tersebut, beradanya budak tersebut didalam penjara, beliau telah berjaya menarik minat penghuni penjara kepada al Quran dan Islam. Beliau meletakkan situasi beliau seperti kisah Nabi Yusof a.s. Kata pegawai itu lagi, budak itu hanya berusia lingkungan 16 tahun, anak kacukkan Thailand + Burma.

Semasa beliau ditangkap polis bilamana dia dicuri orang semasa mengikuti dakwah Jemaah Tabligh di Kota Bharu, semasa beliau keluar bersama rombongan, kawan-kawannya dapati beliau tidak muncul, dan didapati beliau ditangkap polis dan semua dokumennya dicuri. Beliau terlebih tinggal di Malaysia hanya 5 hari sahaja. Kata pegawai imigresen tersebut sepatutnya beliau didenda RM 30.00 sehari sahaja, beliau tidak tahu kenapa di penjarakan sampai bulan. Kita sama-sama doakan agar budak tersebut segera diambil tindakan sewajar oleh menteri dalam masa terdekat. InsyaaAllah. Ust. Haji Hassan.

sumber: I <3 Pahang

Tuesday, July 1, 2014

CARA SEMAK STATUS PENDAFTARAN PERKESO MAJIKAN DAN PEKERJA

Assalamualaikum & Salam Ramadhan,

Hari nie aku nak kongsikan dengan korang megenai PERKESO dan cara-cara untuk menyemak status pendaftaran majikan dan pekerja. Kalau korang adalah seorang pekerja, mungkin korang dah tahu pasal nie tapi ade jugak yang dah kerja bertahun-tahun tapi masih tak tahu atau tak ambil port pasal nie.

Ok, PERKESO adalah singkatan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia. PERKESO merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. PERKESO berperanan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja.

PERKESO telah diamanahkan untuk melaksanakan atau menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Sosial Pekerja 1971. Melalui Akta dan Peraturan, PERKESO memberi jaminan rawatan perubatan percuma, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional serta faedah kewangan kepada pekerja sekiranya mereka mengalami hilangupaya akibat dari kemalangan ataupun mengidap penyakit yang menyebabkan mereka kekurangan upaya untuk bekerja ataupun tidak upaya langsung untuk bekerja lagi. Sekiranya pekerja meninggal dunia, orang tanggungan mereka diberi jaminan kewangan dengan menerima pencen bulanan bagi meneruskan kehidupan.




1) S : Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?
J : Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.

2) S : Adakah pekerja sementara/pekerja tidak tetap wajib dilindungi oleh PERKESO?
J : Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.

3) S : Perlukah majikan memaklumkan kepada PERKESO bagi pekerja yang berhenti?
J : Majikan perlu mengisi tarikh pekerja berhenti di dalam borang 8A dan membuat tanda X di ruang-ruang Borang 8A.

4) S :Apakah had umur pekerja untuk mencarum?
J : Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

5) S : Apakah tindakan boleh dikenakan terhadap majikan yang gagal mendaftar atau gagal mencarum?
J :Bagi majikan yang gagal mendaftar, tindakan kompaun boleh dikenakan. Jika gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil. Manakala majikan yang gagal mencarum, boleh terus diambil tindakan pendakwaan.

6) S : Bagaimanakah menentukan kadar caruman?
J : Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 34 kategori gaji.

7) S : Bagaimanakah perkiraan caruman PERKESO dibuat sekiranya pekerja berhenti pada pertengahan bulan?
J : Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman berdasarkan kepada jumlah gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja untuk bulan itu.

11) S : Bagaimanakah melaporkan kemalangan dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?
J : Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 21) dan kemukakan bersama Borang Tuntutan (Borang 10), kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.

8) S : Adakah PERKESO tanggung kos rawatan perubatan ? Di manakah boleh perolehi rawatan?
J : Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.

Untuk menyemak status pendaftaran PERKESO, korang boleh check di sini.

Monday, June 30, 2014

KISAH BENAR LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT INI AKAN BUATKAN ANDA FIKIR SEMULA TENTANG KEHIDUPAN

Assalamualaikum & Salam Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat, hari nie dah masuk hari ketiga kita berpuasa..Alhamdulillah. Hari nie aku nak kongsikan satu cerita yang mana apabila kita bacanya, ianya dapat memberikan impak kepada kehidupan kita. Banyak yang kita tidak tahu tentang kehidupan ini dan apabila korang baca cerita kat bawah nie nanti, ianya akan membuatkan korang fikir semula tentang kehidupan korang.

Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini.

Selamat membaca..

--(@



Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.

Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.

Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

***

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Semoga kita mendapat manfaat daripada cerita ini. ;-)

p/s: gambar sekadar hiasan.
kredit to thevocket