Sunday, April 27, 2014

OBAMA: "WHERE IS MY SECRET AGENT?

Tadi aku bukak facebook dan terperasan status daripada kawan aku "Che Faris Aziz". Haha..memang menarik..tak caya cer nengok kat bawah.

"Obama: " where are my secret service agents? This spiky fruit looks dangerous and potential harm to me"


tersengih duta us kat sebelah tu..huhu

Masa tengok kat berita aku perasan jugak yang secret agent Obama nie takde pun kat belakang dia masa makan tuh..tu yang mungkin reaksi dia jadi cani kot. maklumlah, dalam istana. mungkin secret agent Obama tak dibenarkan berada kat situ ataupun pihak istana dah bagi jaminan 200% kat dorang kot bahawa kawasan istana tu selamat.

Walaupun dah diberi jaminan, Obama seperti berhati-hati jugak..huhu..

Tuesday, April 22, 2014

MELEPAS AKU INTERNET PERCUMA DARIPADA MAXIS

Adooiiiyaiii....

Sungguh lambat aku mengetahui berita nie..sungguh dan sangat merugikan. Apa taknya, benda free nie.. tengah-tengah aku dok usha blog reading list kat blogger.com tadi, tetiba aku ternampak entri yang di buat oleh Isteri Encek Bard pasal "Maxis Menuntut Bayaran Untuk Internet Percuma".

Sebagai pengguna Maxis, of coursela aku akan ambik port..yela, mana tahu kot2 ada event atau promosi hebat daripada Maxis nie..and rupa-rupanya memang betul ade. Ahakss..

gambar curi drp Isteri Encek Bard

Promosi yang betul-betul WOW!

Apa tak WOWnyer..dapat FREE internet selama 5 hari 1gb limit. Osemmm terrr..

Tapi sayang..bila aku habis baca, rupa-rupanya ianya adalah kesilapan daripada Maxis sendiri. Yela, kalau buat cani mau buleh bankrap. Pengguna Maxis bukan 100-200 orang..ramai wohh..

Bagi aku plak, aku rasa macam Maxis betul-betul buat tapi bila ramai sangat yang buat..jadi macam rugila plakkan..So, dorang cancel balik.

Mungkin jugak ada staff Maxis yang bocorkan code khas nie..

Tapi, tu aku punya andaian jela...yang sebetulnya aku tak pasti. Apa-apapun, kita bersangka baik jela. Kalau korang info lebih, korang boleh pergi dekat blog IEB atau pun boleh usha tengok dekat FB page "Oh Media".

Tahniah kepada IEB kerana berjaya dapat internet percuma daripada Maxis. Bravooo..


Tuesday, November 26, 2013

SENARAI PENUH PASUKAN KELANTAN 2014



Berikut ialah senarai penuh pasukan Kelantan The Red Warriors untuk musim depan yang baru diumumkan Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi.

Senarai ini berdasarkan kepada pengumuman pemain sendiri dan juga desas-desus yang bertiup dilaman sesawang dan senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehinggalah pengumuman rasmi oleh penasihat bola sepak Kelantan iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Ketua Jurulatih
Steve Darby (Bekas pengurus pasukan Perak)
Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat  (signed)
Shahrizan Ismail
Norhadi Ubaidillah
Pertahanan
Nik Shahrul Azim  (signed)
Obinna Nwaneri (pemain import, Nigeria)  (signed)
Tuan Mohd Faim
Zairul Fitri Ishak  (signed)
Mohd. Farisham Ismail  (signed)
Amirizwan Taj Tajuddin (ATM)
Mohd Abdul Aziz Ismail  (signed)
Pemain Tengah
Mohd Badhri Radzi@Piya (Ketua Pasukan)  (signed)
Faiz Suhaimi (Piala Presiden, Kelantan)  (signed)
Faizul Nazlin (Piala Presiden, Kelantan)  (signed)
Mohd Fitri Omar (ATM)  (signed)
Kaz Phonesak Patafta (Canberra, Australia)  (signed)
S. Chanturu (Perak)
Wan Zaharulnizam Zakaria (Harimau Muda A)  (signed)
Mohd Lot Abu Hassan (PKNS)  (signed)
Penyerang
Khairul Izuan Rosli  (signed)
Mohd Aris Zaidi
Francis Forkey Doe (bekas pemain import Selangor dari Liberia)
Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
Ahmad Shakir Md. Ali (Negeri Sembilan)  (signed)
Ahmad Fakri Saarani  (signed)