Friday, March 15, 2013

JANGAN CARI MASA...WUJUDKAN MASA TUE.

Assalamualaikum,

Petang nie 16 Mac 2013 4:30 petang aku ade tournament futsal anjuran MBAS. Ape dia MBAS? Korang klik kat sini.

Dan sekarang sepatutnya dah patut tidur tapi tak boleh nak tidur la pulak..Sempat tidur-tidur ayam kejap jer lepas tu dah sedar. Aku nie memang jenis yang susah nak tido tapi kalau dah tidur tue memang tak hengat doniala...

Dalam pukul 9 malam semalam, aku ada komen dekat facebook Ben Ashaari pasal baju baru yang dia keluarkan tue. Dah lama aku tak jumpa dan tegur dia, jadi aku pun komenla sambil nak tanya pasal baju tue..



Baju edisi yang baru tu memang cantik...baju yang sebelum nie pun aku memang dah ade tapi bila dah keluar baju yang baru nie nakla jugak aku grab yang baru nie plak. Kalau korang nak beli korang boleh pi kat blog dia. Memang cantik dan kali nie banyak warna. Aku berkenan kaler biru sebab aku kurang ada baju yang warna biru terang macam tue. Kalau ade pun biru pudar jer sebab dulu aku minat beli & pakai baju-baju bundle..so memang baju tu kaler lusuhla..

Oh yer, lepas aku komen tu..pemilik blog GreenAppleKu.com (Eiza GreenAppleKu) datang komen kat situ jugak. Dia tanya khabar aku sebab sebab kitorang dah lama tak dengar khabar masing-masing. Aku masih ingat lagi dia pernah bagi Majalah Solusi kat aku dulu. Aku hargai sangat-sangat pemberian tersebut sebab dalam majalah tue ada banyak ilmu yang bermanfaat. Aku dah habis baca dah majalah tue.

Dia tanya aku kenapa menyepikan diri dari dunia blogger? Lepas tue aku jawab dengan jawapan di bawah:


Lepas tue Ben pun balasla suh aku wujudkan masa tu..jangan cari. Dan bila aku fikir betul apa yang dia cakap tu sebab kalau aku cari masa dan tak jumpa sampai bila pun aku takde masa nak berblogging tapi apabila kita wujudkan masa maka kita ada ruang dan peluang untuk buat sesuatu.

Dan dengan ketidakbolehan aku untuk tidur sekarang nie MAKA AKU WUJUDKAN MASA UNTUK AKU MENULIS DI BLOG AKU NIE.

Apa-apapun terima kasih kepada Ben Ashaari kerana sudi kongsikan tips tersebut dan seterusnya dapat merangsang aku untuk kembali menulis. Tak lupa juga kepada saudari Eiza GreenAppleKu kerana sudi untuk tegur aku. Kalau Allah tak gerakkan hati dia untuk tegur aku, tak mungkin aku akan dapat secebis ilmu yang berharga nie.

Oh yer, lupa nak bagitahu..dulu aku berblogging dan dikenali di blog SKYPE CREW tapi sekarang aku ambik keputusan untuk jadikan blog tu sebagai blog perkongsian ilmu agama sebab aku rasa macam tak bestla pulak kalau campurkan entri peribadi dan entri agama nie. Jadi, aku pisahkan dan jadikan blog tu khas untuk perkongsian agama.

Jadi sekarang, blog iamjimie adalah blog utama aku. InshaAllah, aku takkan biarkan macam tue jer blog SC..akan aku cuba wujudkan masa untuk kongsikan ilmu-ilmu agama dalam blog tue nanti. InshaAllah.

Ok..dah pukul 3 lebih nie. aku kena tido nie, kalau tak esok drive ke Melaka dalam keadaan mengantukla gamaknya.



#mana nini nie..tadi ada tidur kat sebelah aku..(kucing aku daa..bini dok kat kampung, jadi aku tido dgn kucing jela..)

No comments: