Thursday, June 20, 2013

HAZIQ KENA DENDA SEBAB HISAP JARI


Haziq nie memang suka hisap jari..tak boleh dok diam sekejap terus nak hisap jari. Aku tak kisah sangat dia nak hisap jari tapi bimbang takut ada rambutla kat tangan dia tu. Dah banyak kali dah umi dia jumpa rambut kat tangan dia masa dia hisap jari tu..

Kalau pakaikan sarung tangan pun tetap dia nak hisap jari jugak sampaikan basah habis sarung tangan dia. Tadi lepas mandi umi dia pakaikan pamper dan baju kat Haziq, masa dok pakaikan tu tangan dia asyik dok dalam mulut je..


Jadi ape lagi, umi dia pun bendungkan dia..nak bendungkan dengan kain selimut dia dah tak muat. Lepas tu aku ambikkan kain sarung aku dan suruh bendungkan.

Mula-mula dalam 2,3minit ok lagi tapi lepas tu terus menangis..Haziq nie memang daripada kecik memang tak suka dibendung. Masa lahir dulu dah tak boleh nak duduk diam dah. Masa dok dalam inkubator tu kaki dah terangkat-rangkat dah.

Moh tengok Haziq nangis..huhu..


Wednesday, June 19, 2013

BERTUKANG IT'S MY PASSION?


Aku mula bertukang pada tahun lepas..minat tue datang tiba-tiba apabila aku sedang pindah masuk ke 'rumah baru'. Apabila kita masuk rumah baru mesti kita nak lengkapkan rumah kita dengan perabot untuk kemudahan keluarga.

Jadi aku ambik keputusan untuk buat sendiri meja dapur, meja makan dan kerusi. Dan Alhamdulillah, ketiga-tiga perabot tu berjaya disiapkan tahun lepas dengan bantuan mesin daripada jiran aku iaitu Che Ku. Dia pun minat bertukang..segala mesin-mesin aku pinjam dengan dia.

Asyik pinjam barang orang tak best jugak, jadi aku ingat nak beli beberapa mesin. Yang utama aku perlukan adalah mesin pemotong atauwe(ataupun) dalam bahasa omputihnyer Jig Saw. Fungsinya adalah macam gergaji. Aku memang ada gergaji tapi bila dah rasa pakai bendalah nie rasa macam tak nak guna dah gergaji tu. Mesin nie memang membantu aku untuk membuat kerja pemotongan kayu dan kayu nie juga boleh digunakan untuk memotong besi tapi kena guna mata lain yang dikhaskanla.

Jig Saw

Untuk mesin kedua pula adalah Sander. Bukan Sander selipar korang tue tapi mesin yang menggantikan kertas pasir. Benda nie bagi aku perlu jugak sebab dalam kita membuat sesuatu pertukangan, kita nak lihat hasil yang memuaskan di akhirnya. Jadi, Sander akan memudahkan urusan aku. Kalau pakai kertas pasir jenuh jugak aku nak gosok..lebih-lebih lagi apa yang aku hasilkan tu benda yang besar.

Sander

InshaAllah kalau ada rezeki aku akan beli satu-satu. Mungkin bulan nie aku akan start dengan mesin Sander nie dulu kot sebab sekarang kerja-kerja pemotongan untuk aku buat tempat letak anak kunci dan meja dalam bilik dah dah siap dipotong, jadi sekarang aku memerlukan Sander untuk melicinkan kerja-kerja pertukangan tu.

Oh yer, kalau korang berminat untuk beli alat-alat pertukangan nie elok beli yang jenama yang dipercayai ramai terus macam Bosch, Makita ataupun Roby sebab ianya tahan lebih lama. Jenama buatan China dan Taiwan memang murah tetapi ketahanannya agak kurang namun terpulang kepada masing-masing.

Tuesday, June 18, 2013

AKHIRNYA HAZIQ NAK HISAP SUSU BOTOL


Hari ni Haziq dah mula pandai hisap susu botol. Suka bukan main lagi umi dia.

Sebelum ni bila bagi susu pakai botol terus si Haziq ni kerut dahi. Lepas tu buat muka nak nangis sampaikan umi dia kesian dan bagi susu dada. Padahal umi dia bagi susu dada jugak yang kat dalam botol tu tapi tetap tak nak hisap.

Sebab si Haziq nie tak nak hisap susu pakai botol ni jugak yang menyebabkan isteri aku ambik keputusan untuk berhenti kerja. Yela, kalau dah nak menyusu badan je macamane nak kerja..ye idok?

Haziq jugak dah start nak meniarap tapi belum dapat sepenuhnya lagi, hari ni cuma dapat separuh jalan je dia meniarap. InshaAllah, mungkin dalam seminggu dua lagi dapatla tu dia meniarap.




Monday, June 17, 2013

ALHAMDULILLAH, HAZIQ BERAK JUA AKHIRNYA

Dah 10 hari Haziq tak berak dan pada petang tadi akhirnya dia berak. Syukur sangat.. Umi dia dok bimbang tak habis2, aku pun bimbang jgk tapi takdela bimbang sangat sebab aku percaya Allah takkan bagi ujian mcm ni kalau anak aku tak boleh laluinya.

Tadi mase dia nk berak punya lah dia meneran sampai nangis2. Tapi nangis dia takdela teruk sangat. Sambil dia dok meneran tu aku pujukla dia supaya tak nangis.

Skang nie Alhamdulillah dia da okey. Tido oun nyenyak tu. Mintak2la lepas nie dia tak susah berak dah..

BEN ASHAARI DI WANITA HARI INI.

Assalamualaikum,


2, 3 hari yang lepas Ben Ashaari masuk dalam Wanita Hari Ini. Mula2 aku dapat tahu tu aku assume dia dijemput atas dasar seorang blogger tapi bila aku tengok siaran ulangan kat YouTube baru aku tahu yang dia dijemput sempena hari bapa.

Tapi aku hairan jugak kenapa dia plak yang dijemput untuk hari bapa, kalau untuk kongsi pasal blogging memang aku tak hairanla sebab sebelum ni pun memang Ben dah banyak masuk paper and magazine. Lagipun dia memang blogger yang femes pun.

Lepas aku tengok video kat YouTube tu baru aku tahu Ben sebenarnya dah berhenti kerja selama 2 tahun dan dia mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah.

WOWW...it's osem.

Tak pernah terfikir di fikiran aku yang Ben akan quit their job sebab kalau tak silap aku dia kerja gomen kot.
Tapi aku tahu dia tak terlalu risau soal pendapatan/gaji sebab dia ada sebuah blog yang mampu jana pendapatan untuk dia. Jadi dia tak perlu risau soal nafkah yang perlu dia bagi kepada isteri dia dan si Qhaliff tu.

Kalau tak silap aku, blog dia boleh dapat RM1000 lebih sebulan. Tu apa yang aku dengarla..tapi memang tak mustahilla dia boleh dapat sebanyak tu sebab dia berusaha walaupun dok rumah je.
Nak tahu caranya? Kalau korang nak tahu korang boleh tanya dia.

Aku? Oh no..blog aku ni just blog picisan jer. Dulu masa bujang memang aku kuat jugakla blogging dan menjana pendapatan daripada Nuffnang tapi sekarang bila dah kahwin aku dah takde masa untuk update blog.

Dulu aku berblogging guna blog Skype Crews tapi sekarang blog tu aku dah gunakan untuk kongsikan ilmu-ilmu agama dan sekarang aku bertukar kepada blog nie untuk aku kongsikan ceritera hidup aku.