Assalamualaikum,
2, 3 hari yang lepas Ben Ashaari masuk dalam Wanita Hari Ini. Mula2 aku dapat tahu tu aku assume dia dijemput atas dasar seorang blogger tapi bila aku tengok siaran ulangan kat YouTube baru aku tahu yang dia dijemput sempena hari bapa.
Tapi aku hairan jugak kenapa dia plak yang dijemput untuk hari bapa, kalau untuk kongsi pasal blogging memang aku tak hairanla sebab sebelum ni pun memang Ben dah banyak masuk paper and magazine. Lagipun dia memang blogger yang femes pun.
Lepas aku tengok video kat YouTube tu baru aku tahu Ben sebenarnya dah berhenti kerja selama 2 tahun dan dia mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah.
WOWW...it's osem.
Tak pernah terfikir di fikiran aku yang Ben akan quit their job sebab kalau tak silap aku dia kerja gomen kot.
Tapi aku tahu dia tak terlalu risau soal pendapatan/gaji sebab dia ada sebuah blog yang mampu jana pendapatan untuk dia. Jadi dia tak perlu risau soal nafkah yang perlu dia bagi kepada isteri dia dan si Qhaliff tu.
Kalau tak silap aku, blog dia boleh dapat RM1000 lebih sebulan. Tu apa yang aku dengarla..tapi memang tak mustahilla dia boleh dapat sebanyak tu sebab dia berusaha walaupun dok rumah je.
Nak tahu caranya? Kalau korang nak tahu korang boleh tanya dia.
Aku? Oh no..blog aku ni just blog picisan jer. Dulu masa bujang memang aku kuat jugakla blogging dan menjana pendapatan daripada Nuffnang tapi sekarang bila dah kahwin aku dah takde masa untuk update blog.
Dulu aku berblogging guna blog Skype Crews tapi sekarang blog tu aku dah gunakan untuk kongsikan ilmu-ilmu agama dan sekarang aku bertukar kepada blog nie untuk aku kongsikan ceritera hidup aku.
No comments:
Post a Comment