Saturday, May 31, 2014

BLOGGER ZACKZUKHAIRI KAHWIN

Zack dah kahwin? Betul ke? Bila? Bagaimana? Dapat tahu daripada mana?

Hahaha...banyak giler persoalan. Ok, meh aku citer..

Aku nie suka baca blog-blog daripada "Reading List" kat blogger.com sebab kat situ aku boleh baca blog-blog yang paling latest diupdate. Jadi, pagi ni bila aku tengok kat reading list tu aku ternampak entri daripada Joe aka Joegrimjow. Alaa..tokey herbalife tue..huhu...

Aku tengok tajuk yang dia tulis "Blogger Realiti Konspirasi Kahwin Dengan Sepupu Aku". Ermm..aku macam pernah dengar perkataan realiti konspirasi tue, jadi aku bukak link tu.


Ade gambar pasangan pengantin macam kat bawah nie..Mula-mula aku tak cam lagi yang pengantin lelaki tu adalah Zack tapi bila aku baca baru aku perasan ade nama Zack. jadi aku search kat pakcik gogel dengan nama "Realiti Konspirasi".

Lepas tu terkeluarlah blog ZackZukhairi. Aku dah kenal lama dah si Zack nie..cuma dia yang tak kenal aku..hahaha..Yela, aku nie just blog picisan jer..tapi kalau dia kenal aku pun mungkin dengan nama Skype Crew jerla sebab aku dulu start blogging guna blog Skype Crew. Menyesal jugak aku sebenarnya tukar nama blog lain sebab aku kena mula dari bawah balik..tapi takpe, dengan bermula dari bawah kita dapat kejayaan yang lebih baik.

Sebenarnya Zack dah lama tak update blog. Entri terakhir beliau adalah pada Ogos 2013..dengar citer dia ada masalah sebelum nie..tu yang dah jarang update blog..namun, walauapapun masalah dia, InshaAllah akan setel jugak akhirnya. Allah tak duga hamba-NYA kalau kita tak boleh nak hadapi dugaan tu.

Tapi blog dia memang tangkap lelehla. Apa taknya dengan kartun-kartun yang dimuatkan dengan ayat-ayat jiwang yang sangat rapat dalam hidup kita. Aku pun kadang-kadang naik sebak dengan kartun-kartun yang dia lukis tu tapi disebabkan nak jaga kemachoan, aku tak nangis..kikiki...

Kalau perempuan yang baca dan tengok kartun toksah cakapla, mahunyer meraung-raung dorang..sebab tu Zack nie pemes di kalangan blogger-blogger wanita..huhu..



Apa-apapun, TAHNIAH kepada Zack dan pasangannya iaitu Myra (2, 3, 4 pupu dengan joe). BARAKALLAH...SEMOGA BAHAGIA SAMPAI AKHIR HAYAT @)--
Stay Cool & Relax dalam rumah tangga, sebagai suami..kita kena lebih banyak bersabar. InshaAllah, rumahtangga kita akan berjaya di dunia & akhirat.

Korang boleh tengok entri Joe kat sini.
Nie plak link blog ZackZukhairi.

Friday, May 30, 2014

STATUS CHOCOLATE OAT CHOCO DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM


Sekarang nie femes giler biskut Chocolate Oat Choco..mana taknya, biskut nie memang sodap dimakan. Masa aku balik kampung hari tu, ade jugak orang bagi kat mak aku satu beg plastik. Mula-mula taku tak tahu pun coklat tu femes tapi bila balik Cherating nie baru perasan.

Produk yang aku tahu pasal oat nie pun just Quaker Oat jer..selain tu tak tahula. Kenapala syarikat Quaker tak terfikir nak buat biskut cani ek..kalau tak, boleh up produk keluaran Quaker.

Biskut Chocolate Oat Choco nie berasal daripada China dan ramai yang ragu-ragu terhadap status halal produk nie sebab takde logo halal JAKIM..yang ada hanyalah logo halal daripada China iaitu ARA Halal Development Services Center Inc (ARA). Aku pun pada mulanya ragu-ragu jugak tapi aku beli jugak sebab nak cuba. Tapi sebelum cuba tu aku check dulula dengan JAKIM melalui laman web dorang.

Alhamdulillah, selepas check kat laman web JAKIM, produk nie disahkan HALAL. Jakim mengiktiraf logo halal daripada ARA Halal Development Services Center Inc (ARA).

Jadi, korang tak payahlah lagi ragu-ragu dengan produk ini. InshaAllah, biskut oat nie selamat.

Kalau korang tak percaya jugak, korang boleh pergi ke laman web JAKIM. Kat bawah nie aku share maklumat daripada JAKIM mengenai badan Islam yang digugurkan dan yang baru mendapat pengiktirafan.


Beikut adalah senarai baru yang dikemaskini 7 Februari 2014 badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM.

Dalam senarai baru ini, 3 Badan Islam digugurkan :
Gagal: 1.  Islamic Association of Henan
          2.  NZ Islamic Meat Management & NZ Islamic Processed Foods Management
          3.  Halal Food Authority (UK)

Dalam senarai baru ini juga, 3 Badan Islam baru mendapat pengiiktirafan JAKIM :
Baru:  1.  ARA Halal Development Services Center Inc (ARA)
          2.  Halal India PVT LTD
          3.  New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT)

Sila Muat Turun senarai ini di http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Sunday, May 25, 2014

RUMPUT LAMA DI STAMFORD BRIDGE DIBERIKAN KEPADA ALDERSHOT TOWN FC


Tahukah korang bahawa sekarang Chelsea FC sedang dalam pembangunan semula padang bola sepaknya. Proses ini bermula pada 9 May 2014 yang lepas kalau tak silap. Rumput padang yang lama telah diberikan kepada pasukan Aldershot Town FC. Pasukan ini beraksi di liga Conference Premier (kini dikenali sebagai The Skrill Premier disebabkan oleh penajaan).

Bestlah team Chelsea dapat rumput baru nanti dan pada masa yang sama rumput yang lama tidak dibazirkan. Jom tengok gambar dan video pembangunan semula padang bola Chelsea kat bawah.







KTBFFH

Sunday, May 11, 2014

MOTIVASI KEPADA PEROKOK

Aku salute kepada bekas perokok nie. Dapat tahan diri daripada membeli dan menghisap rokok selama 4 bulan dan hasilnya...pergghhh...mabeles...

Mula-mula aku tengok pun terkejut sebenarnya sebab kenapa banyak sangat sampai RM1270 tapi rupa-rupanya dia kumpul RM10-12 sehari..bermakna dia nie memang perokok tegarla. Mana taknya, sekotak sehari..


Kalau 4 bulan dapat RM1270 jadi, kalau setahun (12 bulan) dapatla RM3600. Banyak tuh..kalau 2 tahun dapat RM7200 dah.

Memang salute arr kat brader nih...so, member pejabat aku amacam? Rasa-rasa ade berani tak nak buat? RM7200 tu boh, boleh simpan buat perbelanjaan sekolah anak tu.

Nie aku ambik quote daripada brader tuh..

"Salah satu cara untuk berhenti merokok adalah untuk memberi motivasi kepada diri.

Setiap kali rasa nak beli rokok, cuba tahan. Balik rumah, duit yang sepatutnya digunakan beli rokok tu, simpan dalam tabung.

Akhir bulan, cuba kira ada berapa dalam tabung tu."

Saturday, May 10, 2014

APABILA HAZIQ KE PANTAI


Dah lama aku tak bawak Haziq pergi pantai..sebelum nie kalau bawak pun tak turun ke kaki air pun, just duduk dari jauh menikmati pemandangan pantai Cherating yang dekat dengan rumah aku ni.

Tapi 3-4 hari yang lalu, lepas kitorang sekeluarga baru balik dari kemaman, isteri aku ajak pergi pantai dekat umah nie. Tak jauh pun..dalam 400 meter je dari rumah. Aku kalau boleh tak nak pergi..entahlah bila duduk dekat dengan pantai nie rasa malas plak nak pergi pantai.

Boleh kira dengan jari berapa kali aku pergi pantai dekat rumah nie walaupun aku duduk kat sini dah 5 tahun lebih. Salah satu sebab aku jarang ke pantai adalah aku duduk seberang jalan..tu yang jadi malas tue..nak lintas jalan lagi..nak kena naik motor lagi.

Faktor lain plak sebab sibuk dengan banyak hal-hal lain kat umah tue. Nak berkebunla, nak bertukangla..letihla.. dan macam lagi.

Oittt..da melalut dah nie...

Aku nak cerita pasal haziq sebenarnya ni..hohoho...

 Haziq ni jenis yang suka main air..kalau kat dalam bilik mandi jangan cakapla..bila dah kena air kat tubuh dia tue terus senyum lebar..lebih-lebih lagi kalau pasang air mandi hujan..suka sangat.

Tapi bila aku bawak dia ke pantai main air hari tue..dia macam takut. Tak senyum sampai ke sudah..hahaha...macam dia was-was atau takut-takut..


Mungkin sebab dia tak biasa lagi kot..lagipun bila kita dok kat tepi pantai, masa air tue turun ke laut balik kita akan rasa macam ditarik atau macam rasa nak jatuh..meb sebab tu jugak kot dia takut..

Nanti bila aku kerap bawak dia pergi ke pantai..InshaAllah, dia akan biasa kot.