Monday, November 5, 2012

LAMAN WEB JOHOR FC DI HACK OLEH DEEP SPARROW!!!

Assalamualaikum, tahukah korang bahawa laman web Johor FC telah dihack? Laman web tersebut di dapati tidak dapat berfungsi sekitar pukul 1230 tgh malam dan sehingga sekarang (sewaktu tulisan ini bertulis).





Dua kemungkinan yang menyebabkan laman web Johor FC nie dihack:

1) Suka-suka
    Aku syak orang yang hack laman web Johor FC nie saja suka2 hack sebab nak bersenda gurau dengan orang2 Johor. Biasala, nama Johor skang nie kan tengah naik berikutan pasal perpindahan pemain bola di tanahair kita nie. Jadi, orang2 Johor jangan sentap ok. Anggap je orang yang hack nie nak test dia punya skill...lama tak praktikkan skill nie takleh gak. Nanti tak ingat...hehehe...

2) Dengki
    Orang melayu kita nie suka sangatkan dengki-dengki nie. Orang lebey sikit da nak dengki, tak payahla nak dengki2 ok. Dah Johor ade money so biarla dorang nak beli player yang mahal2 sekalipun. Tu hak dorang. No Money No Talk Ok. Hahaha...Kepada Johor FC, selamat berjaya. Semoga dengan pembelian pemain yang cukup hebat itu dapat memberikan saingan yang sengit pada tahun depan.






Update!!!

Pada pukul 2:15pagi, interface laman web Johor FC telah berubah wajah.


Aku dapat rasakan yang hacker nie seorang perokok...Hahaha...



Sekian, majulah sukan untuk negara.

Saturday, November 3, 2012

CARREFOUR KENA JUAL?

Assalamualaikum, today is Saturday.



Tadi aku jalan2 kat Cari Forum dan terjumpla berita yang mengatakan pasaraya Carrefour ataupun Carrefour Malaysia dah pun kena jual. Carrefour nie barang pemes jugak tapi macamanela boleh kena jual ek? Heran aku...

Tapi bila aku fikir balik, benda nie adalah biasa. Lagipun kat negara kita nie banyak pasaraya2 besar yang wujud seperti Mydin, Giant dan Tesco. Tak masuk pasaraya2 yang sederhana lagi tu macam pasaraya Tunas Manja, Econsave, Ten Ten, Aneka, Sakan, Jaya Gading, Hari-Hari dan banyak lagi. Pasaraya2 yang sederhana nie memang takde jual barang sebanyak yang dijual oleh pasaraya2 besar tapi sedikit sebanyak ia juga memberi kesan kepada Carrefour nie.

Tapi yang kena jual nie just Carrefour Malaysia jer. Carrefour di negara-negara lain still ade lagi. Aku rasa maybe rakyat Malaysia dah tak ramai yang pergi membeli-belah kat Carrefour kot tu yang dorang nak tutup tu.


Carrefour Malaysia nie dibeli oleh syarikat peruncitan utama Jepun iaitu AEON Co Ltd (AEON) melibatkan 26 buah unit pasaraya besar melalui penjenamaan semula sebagai AEON Bih Malaysia dengan harga belian sebanyak 15.1 billion yen (RM575.5 juta)

Untuk info lebih lanjut korang boleh tengok kat sini.


Thursday, October 25, 2012

MENGUBAT SEDIH DI HATI DENGAN 'TALI'

Aslkm, raya puasa hari tu aku tak balik sebab kerja dan sekali lagi pada hari raya korban aku tak dapat balik jugak sebab kerja. Rasa sedey je hati nie tapi nak buat macamane, terpaksa bertugas demi agama, bangsa dan negara.

Wah...bunyi macam aku kerja askarla pulakkan..hahaha. Tapi memang skangpun aku dah mula menjadi sebahagian daripada perajurit pun. Alhamdulillah, tercapai jugak impian aku nak menjadi askar walaupun hanya Askar Wataniah. Ape yang minat pasal askar nie sebenarnya adalah latihan dia..lebih2 lagi latihan berjalan dalam hutan, memang feveret akula tue..

Eh..eh..nk citer pasal sedey di hari raya tetiba kluar citer askar plak dah..

Ok, aku sambung pasal tadi.

Macam aku bagitahu kt atas tadi, raya aidilfitri hari tu aku tak dapat balik beraya dan sekali lagi raya aidiladha pun aku tak dapat balik. Memang sedey beb tapi mujurla ade isteri yang tercinta kat sisi.



Dan malam nie plak ade telemovie "Tali" lakonan Sabir Yunus yang ditayangkan di TV2, jadi terubatla hati aku dalam mengenang kampung halaman. Macam dok kat Klate la pulok. "I Love Kelantan".


Jom sama2 kita layan dan muhasabah telemovie nie. InshaAllah.