Saturday, November 3, 2012

CARREFOUR KENA JUAL?

Assalamualaikum, today is Saturday.



Tadi aku jalan2 kat Cari Forum dan terjumpla berita yang mengatakan pasaraya Carrefour ataupun Carrefour Malaysia dah pun kena jual. Carrefour nie barang pemes jugak tapi macamanela boleh kena jual ek? Heran aku...

Tapi bila aku fikir balik, benda nie adalah biasa. Lagipun kat negara kita nie banyak pasaraya2 besar yang wujud seperti Mydin, Giant dan Tesco. Tak masuk pasaraya2 yang sederhana lagi tu macam pasaraya Tunas Manja, Econsave, Ten Ten, Aneka, Sakan, Jaya Gading, Hari-Hari dan banyak lagi. Pasaraya2 yang sederhana nie memang takde jual barang sebanyak yang dijual oleh pasaraya2 besar tapi sedikit sebanyak ia juga memberi kesan kepada Carrefour nie.

Tapi yang kena jual nie just Carrefour Malaysia jer. Carrefour di negara-negara lain still ade lagi. Aku rasa maybe rakyat Malaysia dah tak ramai yang pergi membeli-belah kat Carrefour kot tu yang dorang nak tutup tu.


Carrefour Malaysia nie dibeli oleh syarikat peruncitan utama Jepun iaitu AEON Co Ltd (AEON) melibatkan 26 buah unit pasaraya besar melalui penjenamaan semula sebagai AEON Bih Malaysia dengan harga belian sebanyak 15.1 billion yen (RM575.5 juta)

Untuk info lebih lanjut korang boleh tengok kat sini.


No comments: