Monday, June 17, 2013

ALHAMDULILLAH, HAZIQ BERAK JUA AKHIRNYA

Dah 10 hari Haziq tak berak dan pada petang tadi akhirnya dia berak. Syukur sangat.. Umi dia dok bimbang tak habis2, aku pun bimbang jgk tapi takdela bimbang sangat sebab aku percaya Allah takkan bagi ujian mcm ni kalau anak aku tak boleh laluinya.

Tadi mase dia nk berak punya lah dia meneran sampai nangis2. Tapi nangis dia takdela teruk sangat. Sambil dia dok meneran tu aku pujukla dia supaya tak nangis.

Skang nie Alhamdulillah dia da okey. Tido oun nyenyak tu. Mintak2la lepas nie dia tak susah berak dah..

BEN ASHAARI DI WANITA HARI INI.

Assalamualaikum,


2, 3 hari yang lepas Ben Ashaari masuk dalam Wanita Hari Ini. Mula2 aku dapat tahu tu aku assume dia dijemput atas dasar seorang blogger tapi bila aku tengok siaran ulangan kat YouTube baru aku tahu yang dia dijemput sempena hari bapa.

Tapi aku hairan jugak kenapa dia plak yang dijemput untuk hari bapa, kalau untuk kongsi pasal blogging memang aku tak hairanla sebab sebelum ni pun memang Ben dah banyak masuk paper and magazine. Lagipun dia memang blogger yang femes pun.

Lepas aku tengok video kat YouTube tu baru aku tahu Ben sebenarnya dah berhenti kerja selama 2 tahun dan dia mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah.

WOWW...it's osem.

Tak pernah terfikir di fikiran aku yang Ben akan quit their job sebab kalau tak silap aku dia kerja gomen kot.
Tapi aku tahu dia tak terlalu risau soal pendapatan/gaji sebab dia ada sebuah blog yang mampu jana pendapatan untuk dia. Jadi dia tak perlu risau soal nafkah yang perlu dia bagi kepada isteri dia dan si Qhaliff tu.

Kalau tak silap aku, blog dia boleh dapat RM1000 lebih sebulan. Tu apa yang aku dengarla..tapi memang tak mustahilla dia boleh dapat sebanyak tu sebab dia berusaha walaupun dok rumah je.
Nak tahu caranya? Kalau korang nak tahu korang boleh tanya dia.

Aku? Oh no..blog aku ni just blog picisan jer. Dulu masa bujang memang aku kuat jugakla blogging dan menjana pendapatan daripada Nuffnang tapi sekarang bila dah kahwin aku dah takde masa untuk update blog.

Dulu aku berblogging guna blog Skype Crews tapi sekarang blog tu aku dah gunakan untuk kongsikan ilmu-ilmu agama dan sekarang aku bertukar kepada blog nie untuk aku kongsikan ceritera hidup aku.

Thursday, May 9, 2013

MUHASABAH PRU13

Assalamualaikum,


1] Keputusan PRU 13 terlalu banyak tanda tanya yang melibatkan ketelusan dan kejujuran BN menghadapi PRU dan SPR yang mengendalikan PRU tersebut. Bermula laporan polis berkait dakwat kekal yang boleh dihilangkan sepenuhnya dalam tempoh tak sampai setengah jam sebagaimana berlaku di seluruh negara hinggalah laporan mengenai sogokan wang kepada pengundi jika mereka memberi undi kepada BN sebagaimana yang berlaku di DUN Tioman dan DUN Bukit Ibam.

2] Ketidaktelusan ini, jika boleh berlaku di satu kawasan maka tidak mustahil ia boleh berlaku di tempat yang lain pula. Tanggapan ini berasaskan hilangnya nilai integriti pada pelakunya. Tidak hairanlah 1001 lagi penipuan, penyelewengan dan keraguan berlaku termasuklah menggunakan pengundi warga asing, kertas undi awal yang tidak boleh dipantau dalam lokap, blackout dan lain - lain perkara yang mencetus rasa ragu dan hilang kepercayaan umum kepada sistem demokrasi negara.

3] Sebenarnya perkara seperti ini telah kedengaran dalam setiap kali PRU, cuma PRU13 dilihat sangat ketara. Tambahan pula berlaku dalam suasana rakyat terbanyak memberi sokongan dan menterjemahkannya kepada undi yang besar pada Pakatan Rakyat keseluruhannya sehingga meletakkan Barisan Nasional terpaksa membentuk kerajaan yang tidak popular.

4] Namun sistem "Westminster" yang bercirikan "First past the post" membolehkan BN membentuk kerajaan biarpun tidak memiliki undi popular. Justeru itu saya melihat PR pada masa akan datang setelah saya menilai pengalaman 6 kali PRU memerlukan "Undi Malaikat" bagi maksud menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

5] Allah SWT menjelaskan bahawa malaikat-Nya pernah turun membantu tentera Badar [313 orang] saat mereka berdepan dengan kekuatan musuh yang berlipat ganda [1000 orang]. Lihatlah bagaimana Allah swt menjelaskan situasi itu :

“(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.”

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).”

“(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,"

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”

Surah Ali Imran : 122 - 125
6] Meneliti pendedahan Allah SWT yang memberi kemenangan kepada tentera Badar melalui bantuan ketenteraan malaikat, meskipun mereka dalam serba kekurangan adalah berpaksi kepada beberapa perkara yang mesti dimiliki terlebih dahulu oleh mereka sebelum mendapat bantuan malaikat tersebut. Perkara yang saya maksudkan itu hanyalah 3 perkara:

Taqwa + Ikhtiar + tawakal

7] Adunan tiga perkara ini menjadikan mereka layak mendapat sokongan dan bantuan 3 - 5 ribu tentera malaikat. Lantaran itu saya menegaskan, kita juga mesti berusaha mendapat bantuan malaikat ini untuk menang mengatasi lawan. Jika kita yang terdiri dari saf pimpinan, petugas dan ahli jamaah memiliki takwa, ikhtiar dan tawakkal yang cukup dan jelas, tidak mustahil kita juga akan dibantu oleh malaikat yang turun mengundi dan memberikan kita lebihan majoriti 3 - 5 ribu undi insyaallah.

8] Hanya "undi malaikat" yang boleh membawa kita menang dan akhirnya mampu melaksanakan perubahan besar dalam negara kita. Namun "undi malaikat" hanya akan diperoleh jika dasar, tindakan, hala tuju perjuangan yang kita dokong adalah "patuh syariah" atau dalam ertikata lain ia tidak bertentangan dengan syariah.

9] Termasuklah parti dan aktiviti tahaaluf siasi kita. Walaupun ia dari parti non muslim, asal mereka tidak menentang dan bertentangan dengan syariah malah menepati prinsip tahaaluf siyasi, maka ia berhak mendapat rahmat Allah SWT. Seperti usaha non muslim bertahaaluf dengan kita untuk menentang rasuah, monopoli, penyalahgunaan kuasa, penginayaan dan sebagainya adalah dikategori berkonsepkan patuh syariah dalam aspek politik justeru Islam turut mengajar kita agar menentang rasuah dan penginayaan.

10] Ertinya tidak memadai dengan hanya bergantung kepada kekuatan material semata - mata tanpa menafikan betapa perlunya kita memperkukuhkan kewangan, jentera, bahan kempen, strategi dan sebagainya. Segalanya itu adalah faktor membantu kemenangan kita. Apa yang perlu diinsafi ialah kita mesti memiliki faktor penentu kemenangan iaitu Nusrah Allah SWT.

“Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah Ali-Imran 126)

Akhirnya, Pakatan Rakyat mesti bermula dari sekarang. Jangan meletakkan kedudukannya bertentangan dengan kehendak Allah SWT tuhan yang maha mencipta dan memberi rezeki. Termasuklah menyelesaikan isu kerusi bertindih dari awal agar tidak berlaku sengketa pada saat akhir yang merumitkan jentera untuk bekerja dan apa yang malang, ia akan membinasakan dan menghilangkan kekuatan kita ekoran sengketa yang berlaku.

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Ust. Nasrudin Hassan