Alhamdulillah..di hari Jumaat yang mulia ni Allah bagi rezeki kat aku dan keluarga. Dapat plak time dekat nak raya..syukur sangat. Itulah, rezeki Allah Taala ni kita tak tahu DIA nak bagi bila. Sebenarnya hari nie aku dapat check daripada Nuffnang. Cheque tersebut adalah hasil daripada titik peluh aku dalam dunia blogging selama 2 tahun.
Apa? 2 tahun? Haha..
Kalau blogger2 lain dengar ni mesti dorang gelak. Mana taknya, dalam 2 tahun dapat banyak tue je..
Orang lain dalam masa setahun boleh dapat RM400-RM500. Kalau yang rajin boleh dapat RM1000 setahun dan malah kalau yang betul-betul serius memang boleh dapat RM5000-RM6000 setahun. Kalau blog yang citer pasal artis tu tak payah cakapla..memang masyuk sebab setiap hari ramai yang masuk blog dorang tue.
Tapi masyuk2 pun tak best jugak kalau apa yang kita kongsikan dekat blog kita tu benda yang tak baik macam mendedahkan aurat artis2 dan menyebarkan cerita para artis tanpa mengetahui kesahihan cerita tersebut. Kat akhirat esok2 macamanela nak jawab depan Allah Taala.
Namun pilihan di tangan kita. Jika apa yang kita kongsikan dekat blog kita tu benda yang baik maka InshaAllah duit yang kita dapat tu berkat. Alhamdulillah, hasil titik peluh daripada blog aku selama 2 tahun iaitu daripada tahun 2010 hingga 2011 akhirnya membuahkan hasil.
Oh yer, untuk pengetahuan korang pendapatan nie adalah hasil daripada blog aku yang sebelum ni iaitu Skype Crews (www skypecrews.blogspot.com). Sekarang blog tersebut aku dah jadikan sebagai wadah perkongsian agama dan blog nie plak sebagai blog utama yang akan berkongsi pengalaman hidup aku.
Sebenarnya agak rugi jugak aku buat macam tu sebab blog Skype Crews tu ramai yang dah kenal dan aku dapat ramai kawan melalui blog tersebut seperti Eiza (GreenAppleKu.com), Ben (benashaari.com), Iqa (puterizyan.blogspot.com ), Solihin (solihinzubir.com), dan lain-lain tapi disebabkan beberapa perkara..aku ambil keputusan untuk buat blog baru dan terhasillah blog nie.
Bila dah buat blog baru nie tak bermakna aku dah lupakan kawan blogger yang lain, aku tetap melawat blog dorang tapi secara silent sebab masa yang aku ada sekarang dah tak macam dulu. Dulu bujang bolehla nak mengadap blog 24 jam sehari tapi sekarang bila dah ada isteri dan anak, masa aku untuk mereka lebih diperlukan.