Thursday, August 22, 2013

BERAT HAZIQ TURUN 2 KILOGRAM


2 hari lepas aku bawak Haziq pergi cucuk untuk 6 bulan kat klinik depan rumah ni.

Sebelum cucuk, Haziq kena timbang dulu. Lepas letakkan Haziq atas penimbang, punyalah terkejut aku bila tengok berat Haziq turun..kalau setakat beberapa ratus gram tue okla tapi ni 2 kilo lebih. Perghh..banyak tuh..

Masa 5 bulan hari tu berat dia 10 kilogram, kemudian masa raya hari tu berat dia makin bertambah. Tapi alih2 masa pergi cucuk untuk 6 bulan 2 hari lepas berat dia turun kepada 8.4 kilogram plak.

Bimbang jugak aku..yela, takut berat dia turun tu disebabkan tak cukup susu ke ape. Tapi mujurlah misi tu cakap perkara nie normal. Fuhh..lega.

Sebenarnya sebelum aku bawak Haziq ke klinik pun aku dah perasan yang berat Haziq makin berkurang sebab bila aku dukung dia dia rasa lebih ringan daripada sebelum ni.

No comments: