Tuesday, November 27, 2012

TERIMA KASIH NORSHAHRUL IDLAN TALAHA


Assalamualaikum, setelah sekian lama desas-desus mengenai perpindahan penyerang sensasi The Red Warriors menjadi bualan dan tanda tanya, akhirnya ianya tamat pada hari ini.

Norshahrul hari ini telah sah menjadi milik Johor FC setelah proses tandatangan kontrak beliau diadakan di sebuah hotel tertutup di ibukota.

Tahniah diucapkan kepada Johor FC kerana berjaya mendapatkan Mat Yo. Aku tak pasti berapa harga perpindahan Mat Yo tapi yang pastinya ianya pasti tinggi.

Terima kasih kepada Mat Yo atas segala jasa beliau kepada Kelantan. Jasa anda memang besar buat Kelantan dan peminat Kelantan pastinya tidak akan melupakan segala penat lelah beliau untuk pasukan.

Selamat Maju Jaya buat Mat Yo dan semoga anda dapat membantu Johor untuk merancakkan lagi Liga di Malaysia pada musim depan. InshaAllah.



Gud Luck Mat Yo!!!

PAKEJ ISTIMEWA UNIFI UNTUK ORANG KELAINAN UPAYA | APA TUNGGU LAGI, LANGGANGLAH SEKARANG!!!

Assalamualaikum semua, tahukah korang bahawa sekarang nie TM ade buat promosi istimewa UNIFI untuk Orang Kelainan Upaya (OKU)?

Wah..bestnye, untung dorangkan. Ok, meh sini aku habaq sket apa promosi tu...

TM skang tengah buat promosi untuk pakej UNIFI. Bila kata promosi nie tentulah harganya lebih murah dari biasakan. So, harganya memang cukup murah. Tak caya, korang tengok kat bawah nie..



Syarat-syarat:

  1. Setiap warga OKU boleh melanggan satu(1)  pakej untuk OKU bagi setiap kad pengenalan OKU.
  2. Terhad kepada kawasan yang mempunyai liputan/ perkhidmatan UniFi sahaja dan tertakluk kepada liputan/perkhidmatan kawasan serta ujian teknikal.
  3. Terbuka untuk pakej VIP sahaja.  Ciri-ciri pakej adalah sama dengan pakej kediaman untuk pasaran komersial.
  4. Urusan permohonan hanya boleh dilakukan di cawangan TMpoint terpilih.
  5. Tempoh minima langganan adalah selama 24 bulan. Penalti sebanyak RM500 akan dicaj bagi pelanggan yang menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh perkhidmatan tamat.
  6. Pelanggan-pelanggan boleh menghantarkan wakil untuk memohon pakej ini bagi pihak warga OKU tersebut.
  7. Semasa pendaftaran dibuat:
          >Pemohon:
             - Mestilah mempamerkan kad pengenalan OKU dan kad pengenalan diri yang sah                  bagi tujuan  pengesahan. Salinan kad pengenalan OKU dan kad pengenalan diri                    hendaklah diserahkan semasa proses permohonan.
          >Pemohon bagi pihak:
             - Mestilah mempamerkan kad pengenalan diri dan borang pengesahan daripada                      warga OKU yang membenarkan permohonan bagi pihak warga OKU itu                                dilakukan.
             - Mestilah menyerahkan salinan kad pengenalan OKU yang asal serta telah                              disahkan dan juga kad pengenalan diri bagi tujuan pengesahan.
             - Kad pengenalan OKU mestilah dikeluarkan khas oleh Jabatan Kebajikan                                Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
             - Pendaftaran secara ‘online’ adalah TIDAK dibenarkan sama sekali untuk pakej ini.
     
     10.  Segala terma dan syarat adalah tertakluk kepada standard pakej UniFi untuk                         pakej kediaman untuk pasaran  komersial.

Sebaran pertanyaan boleh diajukan kepada:

UniFi
Zarina bt Hashim
Penolong Pengurus Besar
UniFi, Internet Services, Retail Product
03-22406410| 013-3643683
Farhaiziesman bin Rasli
Pengurus
UniFi Consumer, Internet Services, Retail Product
03-22406469| 013-3335733
Siti Rohayu Mohammad Fauzi
Penolong Pengurus
UniFi Consumer, Internet Services, Retail Product
03-22409702 | 013-3172771

So, kepada Orang Kelainan Upaya yang berminat bolehla membuat permohonan tu sekarang.

Friday, November 23, 2012

RESIPI TENGAHARI INI | SOTONG MASAK CILI KERING

Assalamualaikum, hari nie aku kerja pagi dan isteri aku pun kerja pagi. Dia balik kerja pukul 3 petang, jadi  tak dapatla nak masak untuk aku tengahari nie. Jadi, terpaksala aku masak sendiri.


Kalau aku nak tunggu dia balik pukul 3 dan masak memang boleh tapi perut aku nie bila dah kahwin dah tak boleh nak makan lewat-lewat dah. Selalu kena makan on-time dalam pukul 1-2 petang sebab dah biasa makan tengahari waktu tu.

Jadi untuk makan tengahari nie aku plan nak masak sendiri, dah lame tangan-tangan nie tak bersenam kat dapur. Agak-agak skil Chef Jantan aku nie ade lagi ke tak, tak taula..haha..

Isteri aku bagi cadangan suh masak sotong rebus serai, senang sket katanya..huhhh..tolongla...takde resipi lain ke nak suh aku buat..

Aku nie bukan sebarang chef tau..bagila cadangan yang bernas sket..macam Cilantro Limp Shrimp ke, Ling Cod with Tomato & Orange ke, takpun Miso Glazed Salmon..ni tak, resipi cikai-cikai je dia suh aku buat..haha...


Selepas usha-usha kat myresipi, aku jumpa beberapa resipi yang menarik minat aku iaitu Chili Squid atau dalam bahasa malaynye adalah Sotong Masak Cili Kering...hahaha. Sebenarnya aku ingat nak buat Sotong Masak Szechuan tapi minyak bijan dan gajus takde so aku buat jela Sotong Masak Cili Kering.

Lagipun resipi nie lebih kurang je dengan Sotong Masak Szechuan tu cuma bezanya yang ni tak guna minyak bijan, gajus dan bancuhan tepung jagung. Korang nak torai jugak ek..ok, ni cara masaknya:


Untuk sayur plak aku tak tahu lagi nak masak ape sebab tak tahu sayur ape yang ade dalam peti. Balik nanti just tengok sayur ape yang ade dan masak mudah-mudah je...meb aku akn buat sayur goreng atau sayur air je kot. Just simple jer...

Ok, bila dah siap masak nanti aku tepek gambar tu kat sini k. Gud Luck for den...wakaka...