Tuesday, November 27, 2012

TERIMA KASIH NORSHAHRUL IDLAN TALAHA


Assalamualaikum, setelah sekian lama desas-desus mengenai perpindahan penyerang sensasi The Red Warriors menjadi bualan dan tanda tanya, akhirnya ianya tamat pada hari ini.

Norshahrul hari ini telah sah menjadi milik Johor FC setelah proses tandatangan kontrak beliau diadakan di sebuah hotel tertutup di ibukota.

Tahniah diucapkan kepada Johor FC kerana berjaya mendapatkan Mat Yo. Aku tak pasti berapa harga perpindahan Mat Yo tapi yang pastinya ianya pasti tinggi.

Terima kasih kepada Mat Yo atas segala jasa beliau kepada Kelantan. Jasa anda memang besar buat Kelantan dan peminat Kelantan pastinya tidak akan melupakan segala penat lelah beliau untuk pasukan.

Selamat Maju Jaya buat Mat Yo dan semoga anda dapat membantu Johor untuk merancakkan lagi Liga di Malaysia pada musim depan. InshaAllah.



Gud Luck Mat Yo!!!

1 comment:

Yie The Red said...

slmt berjayo kpd mat yo..t.kasih ats sgala sumbangan kpd pasukan selama nie.

mat yo tetap di hati peminat kelantan!!!