Thursday, November 15, 2012

ZALI "MASIHKAH ADA RAMADHAN" MENINGGAL DUNIA



Assalamualaikum, korang masih ingat lagi tak cerita "Masihkah Ada Ramadhan" yang disiarkan pada bulan puasa yang lepas? Ala..cerita yang dalam loghat Terengganu tu.

Tahukah korang bahawa pelakon yang memegang watak sebagai "Zali" telahpun meninggal dunia pada 30 September 2012 yang lepas bersamaan 14 Zulkaedah 1433H. Hampir sebulan lebih arwah telah meninggal dunia. Aku baru tahu berita kematian arwah selepas buka sebuah laman web hiburan sebentar tadi.

Pada awal bulan Oktober hari tu aku tengah sibuk dengan persiapan untuk join Kursus Asas Perajurit Muda, jadi tak sempat nak buka internet.

Pelakon tersebut, Muhammad Amirul Mazlan, 19 tahun dari Kg Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu atau lebih dikenali sebagai “Zali” telah kembali ke rahmatullah dalam kemalangan maut di KM 5.7, Lebuhraya Persekutuan pada 30 September 2012.



Arwah merupakan penuntut Jurusan Diploma dalam bidang Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). 

Aku suka cerita tu sebab ianya cukup sedih dan meruntum jiwa serta memberikan keinsafan kepada kita semua dan lebih-lebih lagi ianya cukup dekat dengan jiwa kami orang pantai timur.

Semoga ALLAH tempatkan roh arwah di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


No comments: